Pages

PERKEMBANGAN

PERKEMBANGAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA SECARA ELEKTRONIK

Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data
secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.

Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information
Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di
bulan yang berasaskan kepada hirarki.

Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian
sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL)
yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam
generasi ini.

Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan
penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan
data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem
pangkalan data. Sistem pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data
yang berorientasikan struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula
merupakan sistem pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma
penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.

No comments:

Post a Comment