- Rekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan data untuk penyimpanan data.
- Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal
- bagaimana data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.
- Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu:
- Model Hirarki (Hierarical Database Model)
- Model Jaringan (Network Model)
- Model Hubungan (Relational Model)
- Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)
Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan data
Tujuan pangkalan data:
- Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data tersebut. Ini bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai subjek tersebut (atribut) yang perlu disimpan.
| 
ENTITI | 
ATRIBUTE | 
| 
Suatu objek unik dan boleh dikenal pasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda yang boleh dikutip dan disimpan sebagai data.  | 
Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti  
Contoh: Entiti = Murid 
Atribut untuk Murid adalah seperti: 
 Nombor kad pengenalan 
 Nama 
 Tarikh Lahir 
 Alamat  
 Kelas  | 
Jenis-Jenis Data
| Teks | 
Mengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik.  Contoh : Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur | 
| Nombor | 
Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik.  Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A | 
| Tarikh/Masa | 
Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa. Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014 | 
| OLE Object | 
Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain. Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu | 

 
No comments:
Post a Comment